Saturday 25 January 2014

Usaha McDonalds Dalam Memajukan Perniagaan






Strategi Global Syarikat McDonald

Pemikiran Global Yang Disesuaikan Dengan Masyarakat Tempatan


McDonald menggunakan strategi transnasional dari sudut responsif masyarakat tempatan dan integrasi global. Mereka memahami bahawa pasaran luar negara merupakan segmen pasaran yang dipengaruhi responsif masyarakat tempatan yang tinggi. Oleh kerana perniagaan mereka yang luas berkembang di serata dunia, mereka perlu menguruskan perniagaan dengan dengan cekap dan berkesan yang tidak mungkin dapat dicapai melalui mana-mana strategi lain. Tindakan atau strategi yang dilakukan adalah dengan membina 'rantaian nilai' yang mengambil kira budaya tempatan, persekitaran, undang-undang, politik dan ekonomi yang dirasakan bersesuaian.

Pengurusan Tempatan

McDonald memberi penekanan kepada kaedah pelaksanaan pengurusan tempatan untuk lebih peka dengan suasana persekitaran perniagaan mereka. Dengan menawarkan pekerjaan kepada penduduk tempatan, ia mendorong kepada penerimaan syarikat dalam pasaran tempatan membolehkan syarikat mendapat akses mudah berkaitan hal-hal atau karenah birokrasi yang berkaitan dengan kerajaan tempatan. Ini menjurus ke arah budaya inovasi, akauntabiliti dan responsif pelanggan yang lebih baik. Pengambilan pekerja pengurusan dari kalangan rakyat tempatan juga membolehkan pemegang francais menangani isu-isu pekerja dengan lebih berkesan setelah mengambilkira budaya tempatan. Melalui kaedah francais, Mc Donald dapat mengurangkan kos memulakan perniagaan baru di rantau antarabangsa atau di negara yang berbeza.


Kepekaan Politik

Risiko politik berhubung dengan keputusan politik, peristiwa atau perkara dalaman negara yang boleh menjejaskan perniagaan dengan cara yang menjejaskan pelaburan atau mengakibatkan pulangan yang lebih rendah adalah antara cabaran yang perlu  dihadapi. Faktor ini adalah penting dan diambil perhatian oleh syarikat McDonald berikutan beberapa negara yang berkemungkinan tidak membenarkan FDI dalam industri makanan segera atau tidak membenarkan model perniagaan berbentuk francais. 

Kepekaan Terhadap Keparcayaan Dan Agama

Mengambil kira faktor kepercayaan dan agama yang merupakan salah satu komponen budaya masyarakat tempatan, syarikat McDonald menjalankan perniagaan mereka mengikut keseuaian pasaran tempatan. Contohnya negara-negara seperti India di mana 80% penduduknya tidak makan daging lembu dan beberapa negara lain yang melarang dari memakan daging babi. Oleh itu McDonald menyesuaikan produk mereka berdasarkan keperluan tempatan dan dengan cara ini mereka dapat menghindari dan mengelak dari berdepan dengan apa-apa konflik kepercayaan dan agama.

No comments:

Post a Comment