Saturday 25 January 2014

Modal Budaya [HQ]



Bahasa mempunyai pengaruh ke atas kepuasan hati pelanggan dan ketidakpuasan hati pelanggan. Bagaimana mengaitkan kepuasan pelanggan dengan menggunakan faktor bahasa melayu tinggi, walaupun syarikat mungkin mempunyai produk berkualiti tinggi yang boleh memenuhi kepuasan hati pelanggan tetapi yang lebih penting lagi adalah bagaimana kakitangan syarikat kita memberi layanan kepada pelanggan iaitu aspek pengunaan bahasa melayu tinggi yang digunakan semasa melayan pelanggan.

Bahasa melayu mempunyai peraturan tentang pengunaan kata ganti nama diri orang pertama seperti 'saya', 'aku', 'beta' atau 'I' serta kata ganti nama diri ke dua  seperti 'kamu', 'awak', 'tuan', 'puan' atau 'you' untuk menjaga emosi pelanggan dengan pengunaan kata ganti nama diri yang boleh menarik hati pelanggan tanpa mengira status kedudukan pelanggan kita. 

Sesebuah syarikat seharusnya menggunakan bahasa yang hormat, pelanggan semestinya dinilai mempunyai status yang lebih tinggi dari kita,  maka kita perlu gunakan kata panggilan yang boleh menunjukkan kita memuliakan pelanggan atau orang tersebut. Pengunaan kata ganti nama panggilan kampung atau di rumah kepada pelanggan kita semasa berurusan dengan kita dalam situasi formal atau urusan rasmi perniagaan adalah salah kerana akan mempengaruhi emosi pelanggan. 

Keseluruhan organisasi perlu menerapkan nilai bahasa yang berkesan agar pelanggan merasakan diri mereka dihormati dengan menggunakan kata ganti nama yang sesuai demi menjaga emosi dan hati pelanggan. Adalah salah sekiranya kita gunakan bahasa kampung kepada pelanggan yang berurusan dengan kita. 

No comments:

Post a Comment